Rabu, 22 Februari 2012

SeaNDaiNYa ...

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku...

Namun... andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia walaupun aku sudah jauh berada di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan