Rabu, 22 Februari 2012

SeaNDaiNYa ...

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu.
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku.
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku...

Namun... andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu.
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku.
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia walaupun aku sudah jauh berada di sana.

Selasa, 7 Februari 2012

HaTi Ku

Kata org .. segala yg brlaku ada hikmah d sebaliknya ...
alhamdulillah sesungguhnya ia benar...
segala pengalaman... pengajaran d masa lalu ku jd kan iktibar buat ku mengenal erti perhubungan sesama manusia ... 
aku tidak perna mgharapkan lebih daripada apa yg aku miliki ... maafkan aku .. kekadang aku suka mgguji hati n perasaan 0rg lain ... aku ingin tahu sejauh mana keperibadian dia dlm prhubungan sesama manusia .. trnyata ada kalanya ego mguasai diri ... trpulang... apa pun penilaian or anggap org lain pada ku ... namun aku punya prinsip dalam perhubungan ... klu nak menilai sesorg kita kena jd 0rg lain ... itu la yg aku pelajari dalam mengtahui sapa org itu sebenarnya ... 

Ermm malam semakin larut ... makanan d pinggan pun dah habis .... 
tp hubby masih lagi mend0wnlod lagu kegemarannya d 4share ... apa lg nak tulis ya ... bah nanti2x lg la aku sambung coretan ku ni ....
ASSALAMUALAIKUM ...

Dia X aKaN TaHu ...

Dia tak tahu betapa kita sayang...
Dia tak tahu betapa kita rindu..
Dia tak tahu betapa kita berdepan dgn keadaan yg bercelaru..
Dia tak tahu betapa peritnya kita kerana dia
Dia tak tahu kerana dia mmg selalu begitu...
mudah terlupa yg dia selalu menghadiahkan kita luka
kita menangis,
kita terganggu perasaan,
kita berkorban..apakah dia tahu?
Tak...
Dia tak tahu.
dan mungkin takkan pernah tahu.....

RiNDu

"...RINDU..ianya satu perasaan dan sentuhan hati yang halus, lembut dan syahdu. Bersyukurlah jika dirimu merasai nikmat rindu dan bersabarlah dalam menepuh gejolak perasaan rindu itu dengan ketenangan dan zikrullah. Kerana, rindu itu hanya akan hadir jika rasa sayang dan kasihmu mula bercambah. Oleh itu, kawal lah perasaan rindumu itu supaya kamu tidak merindui yang lain lebih dari kamu merindui Allah swt..."